Cardiff University Offer

Alhamdulillah.

Jalannya berliku penuh dugaan berdurikan rintangan,
Pernah menangis bukan sekali,
Tuhan anugerahkanku nikmat,
Yang mungkin juga satu ujian,
Ujian diri dan insan tersayang,

Berapakah harga menghapuskan kehausan ini?
Berapakah harga segelas ilmu ini?
Tidak mungkin terbayar,
Apa mungkin aku tidak bersyukur?
Semoga dikurniakan kerendahan hati dan budi pekerti,
Tanda memanjatkan kesyukuran.

Aku punya cita-cita,
Menjadi antara insan terbaik,
Yang berbakti seperti kata hadis.
Semoga Allah meredhai.

Buat teman yang jalannya berbeza,
Percayalah pasti ada hikmah,
Kerana kau pasti gagah,
Kerana kau pasti tabah.